Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.
Popular Posts
-
bahan2: 15 biji kuning telur 4 biji putih telur 200g mentega 100g tepung gandum 4 camca besar susu pekat manis 225g gula aising 50g b...
-
tip : kek ini tidak menggunakan mentega dan telur dan ia semestinya rendah lemak. toppingnya mengantikan krim dengan susu yang kurang lemak....
-
WHAT IS SPICES; centuries ago the taste for spices kindled international trade and sparked voyages of discovery. Today spices are still pr...
-
dalam satu hidangan rendang daging seberat 50g mempunyai 126g yang terdiri daripada 12% karbohidrat, hampir 30% protein dan 59% peratus lema...
-
1.Kwashiorkor vs Marasmus Both marasmus and kwashiorkor are diseases that arise due to an inadequate diet and starvation. There are subtle...
-
tip: nasi jagung juga lebih sihat kerana menggunakan susu dan tidak menggunakan mentega atau minyak sapi. mengunakan rempah juga amat baik u...
-
ambil sebiji bola tenis dan cuba genggam kuat2.lakukan sebanyak 70kali dalam tempoh seminit.jika anda lakukan pada kadar yang sama selama 24...
-
bahan2: 300g span coklat 50g krim mentega 50g gula kastor 1 camca besar jem aprikot 1/2 cawan coklat urai kaedah menyediakan: 1) sp...
No comments:
Post a Comment