Popular Posts

Monday, June 6, 2011

CPR dan aspirin ;))

isu mengenai kematian mengejut sudah menjadi perkara mengejut. seperti gelaran, bukan sedikit yang terkejut apabila dua selebriti terkenal, faisal Yusup dan shamrin Fotograf meninggal dunia akibat insiden tersebut.

dan seperti namanya juga penyakit tidak dapat diteka kehadirannya. sudahlah begitu, faktor serangannya juga tidak dapat ditelah. disebabkan ramai berasa ngeri. saya sendiri turut merasakan. banyak persoalan bermain di fikiran sekalipun nisbah kejadian adalah 1:500 individu.

kata orang ajal maut ditangan Tuhan. apa yang lebih penting ialah cara kita menangani isu ini. pertama sekali amalkan gaya hidup yang merupakan enam faktor yang boleh diubahsuaikan. tak perlulah untuk dijelaskan apa yang dimaksudkan kerana semua orang sudah maklum.

kalu sebelum ini kurang berjalan , lepas ini bolehlah letakkan kenderaan anda jauh dari pejabat atau restoran yang dikunjungi.berjalanlah sedikit. jika sebelum ini asyik makan roti canai, kurangkanlah kepada seminggu atau dua minggu sekali.sekirannya sebelum ini tidak tahu mengendalikan stress, pelajari teknik untuk melegakannya. jangan peram lama-lama.

namun satu perkara yang harus ingin disarankan ialah belajar CPR dan bawalah aspirin ke mana sahaja(simpan dalam dompet). CPR penting kerana mana tahu,tatkala anda berada dirumah bersama orang tersayangyang tiba2 rebah.sekurang2nya anda boleh membantu sebelum doktor tiba.

ataupun kalau mangsa masih sedarkan diri, hancurkan aspirin kemudian campurkan dengan sedikit air. berikan kepadanya. tahukah anda, aspirin mampu menyelamatkan nyawa sehingga 23%. untuk makluman juga, aspirin(ubat sakit kepala) tidak memerlukan preskripsi doktor dan boleh dibeli di mana2 farmasi atau kedai runcit.