Popular Posts

Saturday, August 13, 2011

meriam buluh


aku terlalu rindu dengan kampung halaman..teringat bila waktu malam dibulan puasa.. saban waktu kedengaran bunyi meriam...zaman remaja yang membanyak kisah suka dan duka...aku rinduuuuuuuu....

kastard karamel

bahan2 karamel glis:
100g gula pasir
1 sudu besar air

bahan2 utk kastard
1/2 liter susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
100g gula halus
4 biji telur

kaedah menyediakan glis karamel:

1) masakan gula tanpa air hingga menjadi kuning keemasan
2) masukan air, dikacau dan tuangkan terus kedalam acuan kecil yang telah dilenserkan dengan mentega
3) lebihan gula karamel boleh ditambah air untuk dijadikan sos karamel

kaedah menyedikan kastard:

1) panaskan susus dengan essen vanila( jangan dibiarkan mendidih)
2) telur dan gula dipukul sehingga sebati
3) tuangkan susu yang dipanaskan tadi kedalam campuran telur dan kacau sehingga rata
4) tapis kastard ini sebelum dituangkan kedalam acuan
5) aturkan acuan ke dalam tin pembakar yang berisi air dan bakar didalam ketuhar bersuhu 200 darjah celcius atau menggunakan gas no 6 selama 30-35minit.
6) karamel ini hendaklah disejukan kira2 3 jam sebelum dihidangkan

puding roti perancis

bahan2:
15-16 keping roti perancis disapu sedikit mentega
50g kismis
3/4 liter susu segar UHT dipanaskan sedikit
5biji telur
90g gula kastor (untuk kastar)
30g gula kastor untuk ditabur
secubit buah pala

kaedah menyediakan:

1) letakan kismis kedalam pembakar dan aturkan kepingan roti
2) gula (90g)dicampurkan dengan telur kedalam satu bekas dan tuangkan susu sambil diputar dengan pemutar telur.
3) tapiskan adunan kastard kedalam pembakar dan taburkan gula kastor dan serbuk buah pala
4) letakan bekas pembakar kedalam tin berisi air dan bakar puding dengan ketuhar bersuhu 170 darjah celcius selama 35-45 minit.
5) puding ini boleh dihidangkan secara panas atau didingin dalam peti sejuk.


donut


bahan2:
275g tepung berprotein
1/2 camca tea
35g gula kastor
25g yis mampat
1/8 liter susu segar
30g marjerin
1 biji telur

kaedah menyediakaan
1) tepung digaul ramas dengan marjerin sehingga menyerupai serbuk roti
2) susu, yis, gula dan telur disatukan
3) masukkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.
4) biarkan doh mengembang 2 kali ganda daripada saiz asal.
5) canaikan doh ini dengan dengan mengunakan penerap donat dan letakkan donat ke atas dulang yang telah ditaburkan dengan tepung.
6) biarkan kira2 15-20 minit atau sehingga donat telah cukup mengembang.
7) goreng atas api yang sederhana
8) sadurkan donat dengan gula kastor yang telah dicampurkan dengan sedikit serbuk kayu manis.
9) dan boleh dicelup kedalam coklat yang telah dicairkan dan dihias dengan coklat urai.

Friday, August 12, 2011

kek keju coklat

bahan2 :
untuk isinya

250g keju berkrim(philadelphia)
1/2 cawan mayonis
75g gula kastor
setitik esen vanila

2biji putih telur
25g gula kastor {dipukul hingga keras}

150g coklat buku dicairkan
2biji kuning telur

utk lapisan biskut:

200g biskut coklat dihancurkan
20g gula kastor
75g mentega cair {digaul sehingga sebati}

utk hiasan:
60g coklat buku dicairkan
sedikit badam cincang

kaedah menyediakan:

1) ratakan adunan biskut utk mengalas tin kek keju berukuran 19cm
(lenserkan tepi tin dengan marjerin cair).sejukan didalam peti sejuk
2) pukul keju dan mayonis sehingga rata
3) masukan gula sedikit demi sedikit diikuti dengan kuning telur dan vanila
4) masukan coklat cair dan putih telur.kacau adunan sehingga rata
5) keluarkan acuan dari peti sejuk, tuangkan adunan dan bakar didalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius atau mengunakan gas no 4 selama 30-35 minit.( letakan tin dulang pembakar).
6) dingin selama 3jam sebelum menuangkan coklat cair diatas kek. salutkan tepinya dengan badam cincang.
7) biarkan coklat agak keras sebelum memotong kek.




kek flan buah pic

bahan2:
untuk Flan

100g marjerin lembut
100g gula kastor
2biji telur

100g tepung serbuk penaik
secubit garam
1 camca teh serbuk penaik {diayak bersama}

2camca teh serbuk kopi

utk hiasana:
1 cawan krim putar
sedikit kepingan badam yg telah dikuningkan didalam ketuhar
1 tin buah pic
1/4 cawan glis aprikot
kiwi dan strawbery


kaedah menyedikan:

1) satukan kesemua bahan utk flan kedalam sebuah bekas dan dipukul dengan senduk kayu selama 2 minit sehingga sebati
2) lenserkan tin flan dengan marjerin cair dan tuangkan aduanan kedalamnya
3) bakarkan flan dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius / mengunakan gas bernombor 4 selama 15 minit.sejukan flan
4) paipkan krim putar keatas aprikot sebelum menyalut dengan kepingan badam.
5) dinginkan flan sebelum dihidangan




pai epal

bahan2 untuk pastri :

250g tepung gandum
100g gula halus.
125g marjerin.
sebiji kuning telur

bahan2 untuk isian epal:

5 biji epal hijau
100g gula perang
1 camca besar gula halus
50g kismis
1/2 camca besar tepung jagung
secubit kayu manis
1/2 biji jus lemon
untuk glis

1 biji telur
1 camca besar dipukul sedikit


kaedah menyediakan pastri

1) marjerin dan gula.
2) masukkan kuning telur,dan tuangkan tepung.
3) gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.
4) rehatkan doh selama sentegah jam sebelum ia digunakan.

kaedah menyediakan isian epal
1) kupas epal dan dipotong tebal
2) masukkan ke dalam periuk kecil bersama-sama kimis,gula perang,gula halus,dan juga
jus lemon.
3) larutkan tepung jagung dengan satu camca besar air.
4) jerangkan isian sehingga epal agak lembut.
5) tuangkan larutan tepung jagung,kacau hingga agak likat.sejukkan.

kaedah menyediakan pai.
1) canaikan doh setebal 5mm.
2) alas tin pai dengan doh,tekan dengan tangan supaya doh nipis serata.pastikan tin
pai telah dilenser dengan marjerin cair.
3) sudukan isian epal dan tutup dengan lebihan pastri atau diselang-selikan dengan
anyaman.
4) glis dengan campuran telur.

roti keju

bahan2:
200g tepung berserbuk penaik
2 camca teh serbuk penaik
1/2 teh garam {diayak bersama}

1/4 camca teh serbuk mustard
50g mentega.
3 camca besar parutan keju (chelddar)
1/8 liter susu segar (UHT)
1 biji telur

kaedah menyediakan.

1) tepung digaul ramas bersama dengan mentega dan serbuk mustard hingga menyerupai serbuk roti.
2) masukkan keju parut susu dan telur
3) gaul dan uli adunan hingga manjadi doh yang lembut.
4) lenserkan tin pembakar roti (loaf tin) dengan marjerin cair dan bentukkan adunan untuk dimuat kedalam tin. penuhi 3/4 paras tin sahaja.
5) bakar dalam ketuhar bersuhu 190 darjah celcius selama 40 minit.

capati

bahan2:

250g tepung atta
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi
air suam secukupnya untuk menguli

kaedah menyediakan:

1) tepung atta diuli bersama minyak sapi dan air sehingga menjadi doh. (selama 10 minit)
2) letakan doh kedalam bekas dan tutup dengan tea towel
(rehatkan sekurang2nya 2 jam sebaik2nya semalaman)
3) taburkan sedikit tepung atta atas papan pencanai, jadikan doh kepada bebola kecil dan dicanai nipis.
4) panaskan kuali dengan minyak sapi dan goreng sehingga kelihatan kekuningan
5) bungkus capati dengan tea towel
6) hidangkan capati bersama kari daging/ayam.

roti canai

bahan2:
500g tepung gandum
1/2 camca teh garam {diayak bersama}

1 camca besar minyak sapi/minyak sayur
1 biji telur
air secukupnya untk menguli
2camca besar susu manis

kaedah menyediakan
1) ulikan tepung, minyak sapi, susu manis,telur dan air sehingga menjadi doh yng lembut( menguli memerlukan masa kira-kira 50-60g]
2)

bentukkan doh menjadi bebola kecil [kira-kira 50-60g] aturkan ke dalam satu bekas.
3) tuangkkaan sedikit minyak sayuran ke atas bebola dan tutup dengan tea towel.[sebaik-baiknya disimpan semalaman].
4) minyakkan permukaan tempat mencanai dan leperkan bebola senipis yang boleh.
5) goreng di atas api sederhana.
6) sedap dimakan dengan kari ayam atau kari daging.

biskut coklat chip

bahan2:
100g mentega
25g gula perang
120g tepung gandum
60g coklat chip
1/4 esen vanila
30g badam(dicincang)

kaedah menyediakan:

1) mentega,esen vanila dan gula dipukul sehingga gebu
2) masukan tepung gandum,coklat chip dan badam.kacau adunan hingga rata.
3) sudukan (dunkan camca teh) adunan ke ats dulang pembakar yang telah dilenser dengan marjerin cair
4) bakar didalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius atau menggunkan gas no 4 selama 15 minit atau sehingga biskut kekuningan2

bebola coklat urai

bahan2:
300g span coklat
50g krim mentega
50g gula kastor
1 camca besar jem aprikot
1/2 cawan coklat urai

kaedah menyediakan:

1) span coklat dimasukan kedalam blender.putrakan sehingga menjadi serbuk roti.
2) masukan coklat ke dalam bekas, campurkan krim mentega coklat, gula kastor dan gaul sehingga sebati
3) bulat-bulatkan adunan sebesar bola pinpong dan salutkan dengan jem serta coklat mengurai.
4)letakkan bebola coklat di atas kertas pengalas kek
4) aduanan ini boleh juga dibentuk bujur dan disalut dengan coklat cair.
5) hiaskan dengan krim bila coklat telah agak keras.


aising royal

bahan2:
2biji telur (saiz besar)
450g gula aising(diayak)

kaedah menyediakan:

1) masukkan putih telur kedalam bekas pemutar elektrik
2) putar putih telur dan perlahan2 masukan gula aising selama 10-12 minit dengan kelajuan sederhana.
3) pastikan aising royal ditutup dengan kain lembab atau dibubuh didalam bekas plastik tertutup. ia tidak perlu simpan didalam peti sejuk. than disimpan dalam 2 hari

aising hiasan (digunakan untuk membalut kek)

bahan2:
450g gula aising(diayak)
2 biji telur
1 camca besar sirap glukosa
gula aising untuk ditabur

kaedah menyediakan:

1) isikan putih telur dan sirap glukosa ke dalam sebuah bekas kaca
2) masukan gula aising sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk kayu
3) keluarkan aduanan dari bekas dan uli dengan gula aising( jika adunan nampak dan terasa masih berderai, tambah sedikit lagi putih telur dan jika agak lembik tambah sedikit gula aising)
4) pastikan aising hiasan ini sentiasa ditutup atau disimpan di dalam beg plastik untuk mengelakkan aising menjadi kering.

krim mentega

bahan2:
500g mentega
500g marvello ( sejenis krim untuk membuat krim mentega)
160g putih telur
1 camca teh esen vanila

kaedah menyediakan:

1) putarkan mentega dan marvello sehingga kembang. masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga gebu dan putih. krim mentega ini boleh diperisakan dengan bahan2 berikut:
a) jus buah2an
b) coklat cair
c) badam cincang
d) kopi (yg telah dilarut air)
e) buah2an tin
f) kacang tanah cincang.



kek lobak merah

bahan2:
7 biji kuning telur
5 biji putih telur dipukul hingga keras
175g gula perang

50g tepung gandum
secubit garam
1 camca teh serbuk penaik
1/4 camca teh serbuk kayu manis {diayak bersama}

80g serbuk roti
100g badam hancur
100g kacang tanah(disangai tanpa minyak dan dicincang kasar)
200g parutan lobak merah
sedikit pes badam
sedikit pewarna oren dan hijau
sedikit krim mentega

untuk hiasan

kaedah penyediaan:

1) kuning telur dan gula dipukul sehingga gebu
2) satukan tepung,badam hancur,serbuk roti,kacang tanah dan parutan lobak merah.
3) masukan campuran tepung ke dalam adunan kuning telur dan dikacau sedikit
4) tuang putih telur ke dalam adunan kek dan gaul hingga rata.
5) lenserkan tin pembakar dengan marjerin cair serta alaskan dengan kertas minyak. tuangkan adunan dan bakar dengan kertas minyak. tuangkan adunan dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 190 darjah celcius atau mengunkan gas no 5 selama 45minit.
6) sejukan kek sebelum sapukan dengan krim mentega.
7) hiaskan dengan lobak merah yang diperbuat daripada pes badam.
8) warna oren dan hijau digunakan bagi mewarna pes badam untuk lobak dan tangkainya.

kek buah mazola

bahan2:
175g gula perang
1/4 pitch minyak jagung
3biji telur
375g buah campuran
100g buah kurma dicincang kasar
50g badam cincang

225g tepung
2camca teh serbuk penaik {ayak bersama}

3camca besar susu segar
1 camca teh sirap perang
1 camca jus oren
1 camca kecil parutan kulit oren
badam utk menghias permukaan kek.

kaedah menyediakan:

1) satukan minyak jagung, gula,sirap perang,parutan kulit oren dan telur
2) masukan buah2ancampuran, kurma,badam cincang sambil di kacau rata.
3) tuangkan tepung kacau perlahan sambil menuangkan susu dan jus oren.
4) masukan adunan kedalm tin kek bulat berukuran 20cm (8inci). pastikan tin telah dilenserkan dengan manjerin cair dan dialas dengan kertas minyak (2-3 lapisan)
5)aturkan buah badam diatas permukaan kek dan bakar didalam ketuhar bersuhu 170 celcius selama 2-2 1/2 jam. sejukan kek sebelum dikelua

rkan dari tin.

kek pisang

bahan2:
250g mentega
250g gula halus
250g tepung serbuk penaik
1 camca teh soda bikarbonat
secubit garam halus {ayak bersama}
3biji pisang embun dilecek
5biji putih telur dipukul hingga keras
5biji kuning telur
1camca teh esen vanila

kaedah menyediakan:

1) mentega ,esen vanila, guladipukul hingga kembang
2) masukan kuning telur,pisang lecek dan kacau hingga sebati
3) akhir sekali tepung kacau sehingga rata, masukan putih telur dan kacau semula
4) tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah dialas kertas minyak dan dilenser dengan marjerin cair.
5) bakar didalam ketuhar yang bersuhu 200 celcius atau gas no 6 selama 40 minit

jenis2 span

SPAN VANILA (TANPA MENGGUNAKAN BAHAN PEMANTAP)

5biji telur
150g tepung gandum
secubit garam {diayak bersama}
150g gula kastor
75g marjerin cair

kaedah menyediakan:
1) telur dipukul dengan pemutar elektrik bersama2 gula sehingga kembang selama 8-10 minit.
2) tepung dan marjerin cair dimasukan secara berselang seli
3) tuaang adunan ke dalam tin pembakar yg telah dilenserkan dengan mrjerin cair dan alas dengan kertas minyak.
4) bakar didalam ketuhar bersuhu 190 darjah celcius atau menggunakan gas no 5 selama 5 minit.

SPAN COKLAT(TANPA MENGGUNAKAN BAHAN PEMANTAP)

bahan2:
5 biji telur
150g gula
140g tepung gandum
10g serbuk koko
secubit garam {diayak bersama}
75g marjerin cair

kaedah menyediakan:
1) pukul telur dengan pemutar elektrik bersama2 gula sehingga kembang selama 8-10 minit.
2) masukan tepung dan koko yang telah diayak secara berselang seli dengan marjerin cair.
3) tuangkan adunan kedalam tin pembakar yang telah dilenserkan dengan marjerin cair dan alas dengan kertas minyak.
4) bakar didalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius atau menggunakn gas no 4 selama 10 minit.


SPAN VANILA( MENGUNAKAN BAHAN PEMANTAP OVELETTE)

bahan2:
8biji telur
250g gula kastor
250g tepung
100g air
25g ovelette
1 camca teh serbuk penaik {bahan A}

125g marjerin cair

kaedah menyediakan:

1) bahan A dimasukan kedalam mesin pemutar kek dan putar sehingga gebu selama 8 minit.
2) masukan marjerin cair, gaul dengan tangan sehingga agak rata.
3) tuangkan adunan kedalam tin pembakar dan bakar dengan ketuhar bersuhu 160 darjah celcius selama 30-35minit.

SPAN VANILA(MENGGUNAKAN BAHAN PEMANTAP - JILK)

BAHAN2:

8 biji telur
250g gula kastor
250g tepung
100g air
25g JILK bahan pemantap
125g marjerin cair {bahan A}

kaedah menyediakan:

1) bahan A dimasukan kedalam mesin pemutar kek dan putar hingga gebu selama 8 minit
2) masukan marjerin cair, gaul dengan tangan sehingga agak rata
3) tuangkan adunan kedalam tin pembakar dan bakar dengan ketuhar bersuhu 190 darjah celcius selama 30-35minit.

SPAN TANPA MENGUNAKAN LEMAK

bahan2:
75g gula kastor
75g tepung gandum
secubit garam { diayak bersama}
3 biji telur ayam saiz besar
1 camca besar air suam

kaedah menyediakan:
1) satukan telur, gula, tepung mengunakan pemutar elektrik dan putar selama 5 minit atau sehingga agak gebu.





kek madeleine (lapan biji)

bahan2:
100g tepung serbuk penaik
secubit garam {diayak bersama}

100g gula kastor
100g mentega
2biji telur
1/2 camca teh esen vanila

untuk hiasan:
1 3/4 cawan jem strawbery
1/4 cawan air sejuk
1 cawan kelapa parut kering
2biji ceri merah
3biji ceri hijau
1 cawan krim putar(non diary rich cream)

kaedah:

1) masukan mentega,gula,dan esen vanila dipukul hingga kembang.
2) masukan telur satu persatu dan dikacau rata, tuangkan tepung gaul adunan hingga sebati.
3)lenserkan acuan kecil(dariole mould) dengan marjerin cair.
4) sudukan adunan ke dalam acuan memenuhi 3/4 tin sahaja.
5) bakar kek didalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius atau menggunkan gas no 4 selama 20 minit.
6) sejukan kek terlebih dahulu sebelum dihias.
7) jem dan air dimasak selama satu minit
8) salutkan kek dengan jem dan kelapa parut
9) hias dengan krim roset, ceri merah dan hijau.


brownies berbadam

bahan2:
150g marjerin
2camca koko
100g gula kastor
2 biji telur
50g badam cincang
50g tepung serbuk penaik

kaedah menyediakan:

1) marjerin dipukul bersama gula sehingga kembang
2) masukan tepung dan badam, dikacau sehingga rata. tuangkan campuran koko.
3)lenserkan tin cake 4segi dan tuangkan aduanan brownies.
4) bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius.atau menggunakan gas no 4selama 45minit.
5) sejukan sebelum dipotong kepada kepingan 4segi kecil.



kek lapis betawi

bahan2:
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
200g mentega
100g tepung gandum
4 camca besar susu pekat manis
225g gula aising
50g badam hancur
2 camca teh rempah kuih
2 camca teh essen vanila
secubit serbuk krim tartar
sedikit mentega cair untuk melapis

sukatan rempah 1
2biji buah pelaga
1/2 biji buah pala
1inci kayu manis
2biji bunga cengkih
1/4 camca teh jintan manis halus(disangai tanpa minyak dan ditumbuk halus)

sukatan rempah 2
1 1/2 camca teh mixed spice
1 camca teh serbuk kayu manis

kaedah menyediakan:

1) kuning telur, gula,susu manis, mentega dan esen vanila dipukul hingga kembang.
2) masukan tepung, badam hancur dan rempah kuih(1) sebanyak 2 camca teh.
3) pukul putih telur dan serbuk krim tartar hingga keras di dalam mangkuk pengadun yg berasingan.
4) campurkan adunan putih telur kedalam adunan mentega dan digaul sehingga rata.
5) alaskan acuan berbentuk 4 segi dengan kertas minyak dan lenserkan dengan mentega cair. kemudian taburkan sedikit tepung.
6) panas api atas gril
7) masukan sesenduk kecil aduanan kedalam tin pembakar dan dibakar sehingga permukaan kek menjadi coklat.
8) tekan lapisan kek dengan gelas dan lenserkan permukaan kek dengan mentega cair sebelum menuangkan adunan kedua dan seterusnya.
9) gunakan kaedah yg sama sehingga habis aduanan.
10) sejukan sebelum dipotong kecil.

catatan:
jika anda suka warna kek yg agak kuning, bahagi adunan kepada 2 bahagian. campurkan rempah kuih disatu bahagian sahaja.apabila membakar selang- selikan adunan sehingga habis.


kek lapis aiskrim

bahan2 :
400g marjerin
240g tepung berserbuk penaik
300g gula halus
15 biji kuning telur
5 biji putih telur

90g aiskrim coklat
45g koko A

1 camca teh pewarna kuning
90g aiskrim durian B

kaedah:
1) pukul putih telur hingga berbuih.masukkan gula sedikit demi sedikit.
2) masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga pekat.
3) pukul marjerin sehingga kembang di dalam mangkuk yang berasingan dan masukan ke dalam adunan telur.kacau rata dan masukan tepung.
4) bahagikan adunan kepada 2 bahagian. masukkan A dalam adunan pertama dan B dalam adunan kedua.
5) gunakan api di atas (gril) untuk membakar kek ini.
6) dengan menggunakan senduk, masukkan tiga senduk kecil adunan koko ke dalam tin pembakar dan bakar selama 10 minit dengan api sederhana.
7) tekan lapisan adunan dengan senduk kayu sebelum memasukan adunan durian. ulangi lapisan ini sehingga adunan habis seperti membuat kek lapis betawi.

*untuk bahan A dan B boleh ditukar dengan perisa aiskrim kegemaran sendiri seperti strawbery atau vanila.

Thursday, August 11, 2011

kisah derita penghidap demensia :)

demensia atau penyakit nyanyuk merupakan penyakit yang cukup sinomin dengan warga emas. dianggap biasa,tidak ramai yang mengetahui penyakit ini cukup berbahaya hingga boleh menyebabkan maut!!!!

apakah itu demensia????

penyakit otak....... penyakit otak yang progresif. berdasarkan kajian yang dijalankan, penyakit demensia akan menganggu perjalanan aktiviti harian pesakit. pesakit perlu mendapatkan penjagaan sepanjang masa oleh seseorang kerana mereka sukar untuk mengawal emosi dan menyelesaikan masalah. akibatnya mereka kurang atau tidak berupaya untuk melakukan aktiviti2 harian.

apakah demensia penyakit keturunan????

fakta keturunan atau genetik akan turut menyebabkan individu yang sihat berisiko mendapat demensia. ia biasa menyerang kaum wanita. selain itu, risiko yang lebih tinggi untuk mendapat demensia turut berlaku kepada mereka yang mengalami parkinson , penyakit kencing manis,paras lemak dalam badan tinggi,terencat akal, tekanan darah yang tidak terkawal dan penyakit jantung.

berapa kerap demensia menyerang????

2% - 20%..berdasarkan kajian kekerapan demensia akan berlaku antara 2%-20% dan bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. kekerapan akan berganda setiap 5 tahun peningkatan usia.

apakah rawatan yg disediakan untuk pesakit demensia????

sokongan dari ahli keluarga penjaga pesakit demensia dapt membantu dalam mengawal penjaga demensia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit. selain itu, ubat-ubatan juga turut membantu mengawal gejala demensia seperti ubat untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.

apakah kompilasi yang akan berlaku sekiranya demensia lewat dikesan?

kadar peningkatan penyakit, mental dan fizikal... demensia bukan penyakit yang boleh dipandang ringan kerana mampu meningkatkan kadar kematian. disamping itu juga mampu menyebabkan peningkatan pesakit mental. ini akan menyebabkan pesakit merasa derita sehingga boleh membawa maut.

apakah tanda2 demensia????

perubahan emosi secara tiba2....terdapat banyak simptom dan gejala yang menunjukan individu mengalami demensia. perubahan emosi secara tiba2 antara tanda yang ketara dan biasanya ia berlaku tanpa sebab. Disebabkan itu, mungkin mereka juga mungkin mengalami perubahan pada tingkahlaku. selain daripada itu, terdapat beberapa lagi tanda-tanda yang menunjukan seseorang itu penyakit demensia seperti:

* kerap tertinggal barang dan kerap hilang arah walaupun selalu melaluinya.
*perwatakan berubah seperti cepat marah, penakut, dan hilang minat dan cenderung atau hobi.
*mengulangi perbuatan yang sama berulang-ulang kali.
*masalah pada pemikiran atau hilang daya ingatan.


Wednesday, August 10, 2011

luahan hati :)

Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

kencing manis :))

statistik tidak pernah menipu. pada tahun 2007, dianggarkan 2.1 juta rakyat negara ini menhidap diabetes dan jika trend ini berterusan, 12 % daripada warga malaysia mungkin menghidap kencing manis menjelang tahun 2020. bercakap mengenai diabetes, laporan akhbar mendedahkan sekitar 1,000 minuman tin diminum oleh rakyat malaysia setiap minit. dan sekirannya orang ramai teruskan dengan makanan manis secara berlebihan, diabetes akan terus kekal sebagai masalah. kepada yang percaya pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan.

1) apakah yang menyebabkan penyakit kencing manis berlaku?

kekurangan INSULIN ..berdasarkan kajian yang dijalankan, penyakit kencing manis berpunca daripada kurangnya jumlah insulin dalam badan. insulin merupakan hormon penting yang berfungsi mengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel. selain itu, kekurangan sensitiviti badan terhadap insulin akan menyebabkan gula terkumpul dalam darah sehingga mengundang kepada penyakit ini.

2) apakah cara terbaik untuk mengawal kencing manis?

bersenam merupakan kaedah terbaik untuk mengawal penyakit kencing manis. jika anda bersenam setiap hari, paras gula dalam darah dapat dikawal agar sentiasa berada paras normal.

3) sejauh manakah keberkesanan senaman dalam mengawal risiko kencing manis?

kurangkan risiko sebanyak 60%....ramai pakar kesihatan mengesyorkan agar menjadikan senaman sebagai aktiviti wajib dalam kehidupan seharian. sekiranya amalan ini dilakukan setiap hari konsisten, ia mampu mengurangkan risiko menghidap kencing manis sebanyak 66%.

4) berapa lamakah masa yang perlu diperuntukan oleh individu untuk bersenam?

30 minit...untuk mendapatkan kesan legasi yang berterusan, kita sepatutnya bersenam selama 30minit dalam sehari. sekurang2nya senaman perlu dilakukn sebanyak lima hari dalam seminggu atau selang 150minit seminggu bagi senaman yg dilakukan selang sehari.

5) apakah kesan sampingan yang akan dihadapi oleh pesakit kencing manis?

serangan jantung....menurut pengarah yayasan jantung malaysia datuk dr khoo kah lin, kencing manis yg semakin teruk akan memberi impak paling buruk kepada penyakit2 kronik sprt seramgan jantung, strok dan masalah pada kaki(sehingga pesakit terpaksa memotong kaki mereka).

6) selain ubat-ubatan, apakah yg perlu diberi perhatian oleh pesakit kencing manis?

corak pemakanan...selain amalan bersenam, pola makanan juga perlu diberikan perhatian. gaya hidup yang menjaga pemakanan dan bersenam mampu mengurangkan risiko menghadapi penyakit kencing manis.corak pemakanan yang betul bagi mereka yang menghadapi penyakit ini adalah 1/4 sumber karbohidrat, 1/4 sumber protein dan selebihnya adalah sayur2an.


hari terbaik untuk meningkatkan minda..

ahad...minda anda paling fokus dan relaks pada hari ahad. cubalah lakukan puzzle selepas membaca akhbar pada hari ahad bagi mengekalkan ketajaman minda.

paras hormon testosteron tinggi pada waktu pagi?

benar...paras hormon testosteron tinggi pada waktu pagi. kesan nya meningkatkan pengaliran darah ke zakar.

bilakah masa terbaik untuk menjalinkan hubungan intim?

7 pagi....paras oksitosin, hormon cinta cukup tinggi apabila anda bangun pada waktu pagi. anda akan merasa lebih relaks dan merasa tertarik pada pasangan pada pukul 7 pagi. apa lebih menarik ialah paras hormon oksitosin yang tinggi pada waktu pagi akan menurunkan tekanan darah anda sepanjang hari.

bilakah masa terbaik untuk menimbang berat badan

6.30 pagi..timbang berat sebaik sahaja anda bangun tidur dan selepas ketandas. pada masa ini tubuh anda paling cepat ringan. lakukan anda menimbang berat pada masa yang sama untuk mendapat bacaan yang betul

bilakah masa bersarapan terbaik untuk menurunkan berat badan?

7.30 pagi.....tubuh memerlukan makanan secara semulajadi berasaskan kepada jam semulajadi tubuh atau ritma sirkadian pada jam 7.30 pagi. berdasarkan ritma yang sama, masa terbaik untuk makan tengah hari ialah pada 12 tengah hari dan makan malam pada 6.30 petang. menunggu lebih menyebabkan anda terlebih makan.

bilakah masa terbaik untuk bersenam?

sebelum sarapan...bersenam pada waktu ini akan meningkatkan aktiviti minda dan metabolisme. bersenam sebelum sarapan juga mengubah pengaliran darah ke otot berbanding untuk penghadaman dan membakar lebih lemak.

metabolisme

masa terbaik utk meningkatkan kadar metabolisme ialah pada jam 8 pagi? benar.... minum segelas air sejuk pada jam 8 pagi memaksa tubuh membakar kalori untuk memanaskan kembali badan. kajian mendedahkan individu yang minum segelas air sejuk setiap pagi, secara purata hilang 2.5 kg setahun.

Sunday, August 7, 2011

elak kembung perut bulan posa :))

elak kembung perut di bulan puasa:
sedapnya teh O, kopi dam nimuman bergas semasa berbuka puasa. sesungguhnya begitu,semua minuman ini harus dibuang dr senarai minuman berbuka anda bg mengelakan masalah kembung perut semasa berbuka puasa keesokan harinya. minuman2 ini boleh akan meningkatkan paras asid sehingga menyebabkan pedih ulu hati, gastrik dan ketidakselesaan perut berlaku. malah kafein yg terkenal banyak terkandung dalam kopi dan teh akan menyingkirkan kalsium dr tubuh serta mengundang rasa lapar :)

aishteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

oat menu sahur:))

oat menu sahur yg cepat:
berpuasa pada siang hari mengambil masa yang panjang. justeru pertimbangan makanan yg lambat dicerna misalnya makanan kaya serat yg boleh bertahan sehingga lapan jam seperti gandum, barli,oat selain nasi. bagi memilih oat terutamannya ketika bersahur, 10gram oat dimakan begitu sahaja boleh menahan anda dari cepat lapar malah boleh mengurangkan kadar total LDL dlm badan.oleh itu ambilah oat satu setengah cawan yg mengandungi oat berat sebanyak 6 gram dan tambahkan dgn sebiji pisang atau buah2an lain yg tinggi serat seperti kiwi,strawberi dan sebagainya utk memberi tenaga ideal bg anda kekal aktif sepanjang menjalani ibadat puasa.

diet utk kekal lansing tetapi berotot ;))

jika anda merancanng untuk otot,ia bukan berkenaan makanan yg betul tetapi pemilihan yg betul utk besar:
* dada ayam - kerana dada ayam paling kurang lemak berbanding bahagian lain, kerana ia mengandungi sekitar 30g protein bergantung saiz.
*pisang - kaya dgn magnesium dan kalium serta serat yg larut yg menghalang perubahan radikal dalam darah. biasa dimakan serta merta selepas latihan.
*telur - penting utk membantu membina otot. telur merupakan antara sumber protein yg baik dan mudah utk diserap oleh badan dan dipecahkan ke asid amino yg diperlukan dlm badan.
*air - minum air putih 3 hingga 4 kali sehari.
*kacang campuran kerana mengandungi lemak mono dan poli,protein ,serat,vitamin E,zink,kalium,magnesium dan lain2. kacang campuran adalah kalori yg padat.contohnya almond,walnut,cashew,hazelnut dan sebagainya.

murtabak

murtabak makanan febret rakyat malaysia bulan posa..
info menarik tentang murtabak :))

* bahan utama murtabak ialah daging ayam /daging kisar, kentang,telur,rempah kari,bawang putih,bawang besar,gula,garam dan minyak.
*400 atau lebih kalori yg terdapat dlm murtabak sekeping.
*22 minit berjalan/30 minit berkebun utk membakar 100 kalori.
*kandungan kolestrol boleh menyebabkan diebetes,darah tinggi dan jantung.
*tubuh hanya memerlukan 300 kalori sehari.