Popular Posts

Friday, August 12, 2011

kek lapis betawi

bahan2:
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
200g mentega
100g tepung gandum
4 camca besar susu pekat manis
225g gula aising
50g badam hancur
2 camca teh rempah kuih
2 camca teh essen vanila
secubit serbuk krim tartar
sedikit mentega cair untuk melapis

sukatan rempah 1
2biji buah pelaga
1/2 biji buah pala
1inci kayu manis
2biji bunga cengkih
1/4 camca teh jintan manis halus(disangai tanpa minyak dan ditumbuk halus)

sukatan rempah 2
1 1/2 camca teh mixed spice
1 camca teh serbuk kayu manis

kaedah menyediakan:

1) kuning telur, gula,susu manis, mentega dan esen vanila dipukul hingga kembang.
2) masukan tepung, badam hancur dan rempah kuih(1) sebanyak 2 camca teh.
3) pukul putih telur dan serbuk krim tartar hingga keras di dalam mangkuk pengadun yg berasingan.
4) campurkan adunan putih telur kedalam adunan mentega dan digaul sehingga rata.
5) alaskan acuan berbentuk 4 segi dengan kertas minyak dan lenserkan dengan mentega cair. kemudian taburkan sedikit tepung.
6) panas api atas gril
7) masukan sesenduk kecil aduanan kedalam tin pembakar dan dibakar sehingga permukaan kek menjadi coklat.
8) tekan lapisan kek dengan gelas dan lenserkan permukaan kek dengan mentega cair sebelum menuangkan adunan kedua dan seterusnya.
9) gunakan kaedah yg sama sehingga habis aduanan.
10) sejukan sebelum dipotong kecil.

catatan:
jika anda suka warna kek yg agak kuning, bahagi adunan kepada 2 bahagian. campurkan rempah kuih disatu bahagian sahaja.apabila membakar selang- selikan adunan sehingga habis.


4 comments:

  1. hai sis,izinkan saya gunakan resepi kek lapis betaawi ini. dah lama sangat saya cari resepi ini. saya pernah minta resepi kek ini dengan makcik tapi tak pernah dapat. saya suka sangat dengan kek lapis rempah betawi. terima kasih sis.

    ReplyDelete
  2. Nk tnye mana bleh bli rempah kek lapis betawi

    ReplyDelete