Popular Posts

Thursday, August 25, 2011

nasi jagung :) kandungan kalori: 320kcal, lemak: 5.45g, karbohidrat: 20.08g, serat 233g, natrium 108g

tip: nasi jagung juga lebih sihat kerana menggunakan susu dan tidak menggunakan mentega atau minyak sapi. mengunakan rempah juga amat baik untuk kesihatan.

BAHAN2:

3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1/2 cawan susu rendah lemak/susu cair
1 keping dada ayam(100g)-buang kulit dan potong dadu
3 biji bawang merah-dikisar
3 biji bawang putih- dikisar
2 cm halia-dikisar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 kiub pati ayam dihancurkan
1 sudu makan minyak
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu makan isi jagung
garam secukup rasa

hiasan
daun bawang, bawang goreng dan kacang badam cincang

CARA PENYEDIAAN:

1.basuh beras dan toskan.

2. panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin sehingga wangi.

3.masukan serbuk jintan manis dan putih dan tumis sehingga wangi.

4. masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.

5. masukan beras, kacau sebentar. angkat dan masukkan dalam periuk nasi elektrik

6. masukkan isi jagung, serbuk kunyit, air, susu, kiub ayam dan garam. tanak nasi sehingga masak.

7. setelah masak, hiaskan dengan bahan hiasan.



No comments:

Post a Comment