Popular Posts

Thursday, June 2, 2011

mesin paling menakjubkan ;))

ambil sebiji bola tenis dan cuba genggam kuat2.lakukan sebanyak 70kali dalam tempoh seminit.jika anda lakukan pada kadar yang sama selama 24jam,anda telah memicit bola tersebut lebih 100,000 kali! apa yang terjadi kepada tangan anda? yang pasti anda tidak mampu melakukannya selepas beberapa kali.namun itulah yang dilalui oleh jantung tanpa mengira siang dan malam.jantung merupakan mesin paling menakjubkan pernah dicipta!

tetapi percayalah tidak ramai yang mengetahuinya:

* jantung terdiri daripada otot, miokardium,yang cukup kuat untuk mengangkat beban seberat 1,361kg(hampir menyamai berat kereta kecil). ia berdegup sekitar 35 juta kali setahun atau 100,000 degupan sehari,70 degupan seminit-cukup memancut darah sejauh 30 kaki!

*malah sewaktu rehat pun, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras berbanding otot kaki tatkala anda berlari untuk memecut.menjelang usia 70 tahun, jantung akan berdegup sebanyak 2.5bilion kali.

*jantung merupakan organ pertama yang terbentuk selepas 19 hari dan saintis percaya menjelang lapan minggu apabila embrio berukuran hanya satu inci panjang.jantung telah terbentuk sepenuhnya. ia berdegup biarpun otak masih belum terbentuk lagi.

* dengan berat hanya 311 gram satu jantung yang sihat mampu mengepam 7,580 liter darah setiap hari. ia menyediakan bekalan darah ke setiap 75 trilion sel pada seluruh tubuh(melainkan kornea)

* oleh sebab jantung mempunyai impuls elektrik sendiri, ia boleh terus berdegup kencang walaupun telah berpisah daripada badan, asalkan mendapat bekalan oksigen secukupnya. sekitar 5% bekalan darah akan digunakan oleh jantung, otak dan saraf tunjang(15-20 %) dan buah pinggang (22%).

* bunyi degupan jantung lebih pantas "lup-dup" terhasil apabila empat injap jantung menutup.

* jantung wanita berdegup lebih pantas berbanding lelaki.secara purata degupan jantung lelaki lebih normal adalah 70 kali seminit, manakala wanita adalah 78 kali seminit.

* darah sebenarnya adalah tisu. apabila tubuh keadaan rehat ia hanya memerlukan enam saat untuk darah mengalir daripada jantung ke paru2 dan balik semula,otak (lapan saat) dan jantung (16saat).

* pakar bedah Perancis,Rene Laennec(1781-1826) telah mencipta stetoskop kerana ia merasakan adalah tidak manis untuk meletakan telinga keatas dada pesakit wanita.

* kebanyakan serangan jantung berlaku antara jam 8-9 pagi.

* tahukah anda: kardiologi merupakan satu bidang pengkhususan yang muncul selepas perang dunia pertama.

* tertawa sangat baik untuk jantung. apabila anda tertawa pengaliran darah meningkat kesihatan anda.

* cape Town , Afrika selatan tahun 1967, merupakan lokasi pertama di mana pembedahan jantung berjaya dilakukan dengan jayanya.

ECG atau elektrokardiogram , alat yang digunakan untuk menguji kadar degupan jantung dicipta pada tahun 1902.

No comments:

Post a Comment