Popular Posts

Thursday, August 25, 2011

risiko kesihatan lemang dan rendang :) 50g rendang mempunyai kalori sebanyak 126 kalori... bahan asas penambah rasa rendang dan lemang adalah santan yang tinggi kandungan lemak tepu...pengambilan rendang dan lemang berlebihan boleh mengundang komplikasi strok sakit jantung dan masalah paru-paru:)

dalam satu hidangan rendang daging seberat 50g mempunyai 126g yang terdiri daripada 12% karbohidrat, hampir 30% protein dan 59% peratus lemak. kandungan kolestrol pula dianggarkan sekitar 35-45(mg) bergantung kepada jenis rendang sama ada ayam atau daging dan juga bahagian mana yg digunakan.

sekiranya bahan asas rendang ialah hati lembu,kandungan kolestrol bagi satu hidangan seberat 35g ialah 168mg, manakala hati ayam pula mempunyai 200mg kolestrol. kehadiran kolestrol dan lemak ini boleh menenggelamkan mikro nutrien lain seperti vitamin A, beta karoten, vitamin C, kalsium, zat besi,tiamin, riboflavin,niasin dan serat yang terdapat dalam menu ini jika anda terus mengambil secara tidak terkawal.

bahan2 asas rendang yg lain adalah santan pekat. oleh yg demikian secara langsung ia mengandungi peratusan yg tinggi. walaupun santan tidak mengandungi kolestrol tetapi kandungan lemak didalmnya adalah jenis lemak tepu yang meninggikan tahap kolestrol dalam darah.

tahukah anda satu cawan santan berdasarkan jadual komposisi makanan(JKM) sahaja sudah mampu untuk membekalkan 64g lemak yang sama untuk membekalkan 64g lemak yang mana 74.5 peratus adalah terdiri daripada jenis lemak tepu.tenaga dari secawan santan pula dianggarkan sebanyak 630g kalori bergantung kepada tahap kepekatannya. bayangkan jika anda menggunakan berkilo2 santan yang diwakili oleh puluhan sukatan cawan.pastinya jumlah lemak dan lemak jenis tepu sangat tinggi.

itu baru rendang.bagaimana kalau anda mengabungkan rendang bersama lemang. gabungan kedua makanan ini menjadikan ia menu yang berisiko jejaskan kesihatan. mengikut kebanyakan resepi, 500g beras dan 750ml santan pekat diperlukan bagi menghasilkan sebatang lemang bersaiz sederhana.

berdasarkan analisis nutrien, anggaran jumlah tenaga di dalam sabatang lemang ialah 3,778 kalori yang mana 52% adlah disumbangkan oleh santan pekat. tenaga di dalam sebatang lemang terdiri daripada 44.5% karbohidrat, 5.8% protein dan 49.7% lemak. perlu diingatkan bahawa kandungan kalium di dalam santan kelapa adalah tinggi yang dianggarkan sebanyak 3,027mg!

mengimbas kembali semua fakta diatas, boleh disimpulkan pengambilan makanan ini perlu dihadkan kerana tinggi kolestrol,lemak dan kalium.kehadiran kalium yang berlebihan di dalam darah boleh memudaratkan jantung dan buah pinggang. malah kolestrol yang berlebihan di dalam darah akan menyumbat dinding saluran darah anda hingga memacu komplikasi kronik pada jantung dan organ2 tubuh yg lain.




No comments:

Post a Comment