Popular Posts

Saturday, September 3, 2011

otak-otak ikan :))

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor."

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.

Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.

Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Bahan-bahan Mentah

1 kg ikan tenggiri di ambil isinya
1 biji kelapa parut
6 biji cili merah ditumbuk
5 batang serai ditumbuk
3 cm kunyit hidup ditumbuk
1 gram jintan manis ditumbuk
1 helai daun kunyit dihiris halus
Garam secukup rasa
perisa ikan bilis/ikan bilis dikisar halus yang telah dibuang kepala dan tahi



Beberapa helai daun kelapa
Lidi secukupnya

Cara-cara Pemprosesan Otak-otak

Menumis sambal

Bahan-bahan untuk membuat sambal hendaklah dikisar halus. Tumis bahan-bahan tersebut dengan menggunakan minyak sehingga garing atau pecah minyak. Rasa otak-otak yang di hasilkan banyak bergantung kepada ramuan sambal yang digunakan. Ada juga pengusaha tidak menumis bahan-bahan sambal tetapi ianya di gaul terus dengan ramuan isi ikan.

Mengaul adunan

Sambal otak-otak yang di telah ditumis haruslah disejukkan terlebih dahulu dan barulah digaul bersama isi ikan, tepung jagung (kanji) santan, gula, garam, dan MSG dengan menggunakan mesin pengadun atau mesin pemotong senyap (silent cutter). Ia boleh dilakukan dengan tangan, walaubagaimanapun untuk mendapatkan adunan yang sebati, proses ini akan mengambil masa yang panjang. Adunan yang baik adalah adunan yang tidak terlalu cair.

Membungkus

Adunan ini dibungkus dalam daun kelapa atau daun nipah dan disematkan dengan lidi. Otak-otak ini kemudian di panggang di atas bara atau alat pembakar untuk dimakan secara terus.

Otak-otak yang telah dipanggang boleh disimpan lebih lama jika dibungkus dengan mangkuk plastik kalis udara dan di simpan sejukbeku pada suhu -18 ° C hingga -30 ° C. Ianya boleh tahan sehingga sebulan.

Adunan otak-otak boleh juga dipanggang, disejukkan dan dibalut dengan kulit popia atau kulit "wan tan" , kemudian di bungkus dalam mangkuk plastik kalis udara dan disejukbekukan. Ianya perlu digoreng sebelum dimakan.

No comments:

Post a Comment