Popular Posts

Friday, August 26, 2011

BERDIET????3 jenis buah yang dilarang :)

ingin dijelaskan sama ada anda ingin berdiet atau tidak, apa saja jenis buah adalah terbaik daripada tiada langsung. tetapi sekiranya anda keliru sama ada ingin mengigit epal atau pisang, berikut adalah tiga jenis buah yang kaya dengan gula dan nutrien.

pertama, tembikai....kaya dengan serat dan tinggi gula berbanding buah yang lain disamping kaya dengan kalium, vitamin C dan kompenan penentang kanser,likopen. namun pilihan terbaik adalah beri. selain kaya antioksidaan dan bahan penentang kanser, beri rendah kalori iaitu antara 50-90 kalori bagi secawan (bergantung pada jenis beri)

kedua, pisang..... disebalik hanya mengandungi 100-120kalori, pisang memiliki indeks glisemiks(GI) yang tinggi berbanding buah lain menyebabkan tahap paras gula meningkat. jadi dengan memilih buah yang rendah GI, membantu merasa kenyang untuk masa yang lebih panjang. untuk itu epal adalah pilihan terbaik untuk mengantikan pisang. sebiji epal bersaiz kecil mengandungi 28 GI berbanding 70 GI pada pisang.

ketiga Oren..... tiada salahnya dengan oren,apatah lagi kaya dengan antioksidaan(vitamin C). cuma ia meningkatkan paras gula dan kalori berbanding buah sitrus yang lain(terutamanya jika dibuat jus tentulah baik berbanding soda).pilihan lain, ialah anggur.Dengan berat yg sama anggur mengandungi kurang GI (25 berbanding 50 bagi oren)






No comments:

Post a Comment