Popular Posts

Thursday, August 25, 2011

sate briyani . kaandungan kalori: 390kcal, lemak: 11.09g, karbohidrat : 54.01g, protein : 16.01g, serat : 4.00g, natrium: 108.00g

tip: sajian sate ini lebih sihat kerana tidak menggunkan kaedah memanggang atas api yang menyebabkab sate terbakar menjadi arang iautu menjadi karsinogen. kuahnya kalori rendah sebab mengunakan susu.

BAHAN2 :

400g daging ayam (buang kulit dan potong dadu)
4 sudu rempah beriyani
1 sudu makan madu
5 biji bawang merah dikisarkan
3 biji bawang merah putih dikisar
3cm halia dikisar
1 sudu makan cili boh
1 sudu sos tomato
1 cawan susu cair
1/2 kiub pati ayam(dihancurkan)
2 sudu makan minyak masak
secukup rasa garam
lidi sate

CARA PENYEDIAAN:

1. campurkan ayam, 1 1/2 sudu bahan kisar, 2 sudu rempah beriyani, madu, 1 sudu minyak masak dan garam. gaulkan dan perap selama 3 jam atau semalaman.

2. cucuk ayam yang diperap dengan lidi sate.

3. panaskan minyak atas kuali leper dan panggang ayam selama 10-15 minit atau sehingga ayam masak.

4. hidangkan dengan sos beriyani. untuk sosnya panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin,lebihan rempah beriyani dan cili boh sehingga wangi dan pecah minyak.

5. masukkan sos tomato, susu cair dan pati ayam. biarkan mendidih dan pekat kemudian tambah garam secukup rasa.
6. padam api dan sediakan dihidang bersama nasi himpit dan timun serta bawang besar.


No comments:

Post a Comment