Popular Posts

Saturday, May 28, 2011

cabaran globalisasi...luv u malaysia....;))peace

Perkataan tamadun merangkumi tentang kebudayaan, kemajuaan, pembangunan, peradaban dan
kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Tamadun berasal daripada perkataan Arab
madana, madinah, madaniyyah bermaksud Bandar yang terbina melalui proses urbanisasi.
Kemakmuran yang diambil daripada perkataan umran, dan istilah Peradaban yang merangkum
maksud adab sopan dan tatasusila hidup yang baik serta keluhuran dan kehalusan budi.
Gabungan ketiga-tiga istilah iaitu tamadun, kemakmuran dan peradaban memberi makna sebuah
masyarakat yang membangun melalui proses urbanisasi dengan nilai-nilai, adab-adab dan
tatasusila hidup serta berbudi luhur. Jika istilah tamadun dilihat menurut perspektif Islam
ia merangkumi pembangunn spiritual dan material secara serentak dan sepadu.
Kehidupan beragama menjadi ciri terpenting masyarakat bertamadun. Kepercayan kepada
wujudnya kuasa ghaib menjadi pemangkin kepada kawalan kehidupan manusia. Keperca yaan
kepada kuasa ghaib juga menunjukkan manusia berfikir tentang keperluan spiritual mereka
yang menjadi unsur terpenting wujud tamadun. Kemunculan rumah-rumah ibadah sebagai titik
tolak kepada lahirnya sesebuah tamadun.

Urbanisasi sebagai salah satu ciri-ciri tamadun, kerana Bandar biasanya menjadi pusat
berkumpulnya masyarakat. Di situ juga wujudnya rumah ibadah, institusi pendidikan, pusat
upacara keagamaan, istana, golongan bangsawan, ahli-ahli perniagaan, bazaar, pusat membeli
belah dan sebagainya. Kewujudan berbagai institusi dan golongan manusia di pelbagai
peringakat menjadikan sesebuah masyarakat tersebut menjadi bertambah maju dan hidup secara
harmoni. Keadaan ini memperlihatkan munculnya pengkhususan bidang-bidang perkerjaan dan
system politik yang teratur dan perkembangan ekonomi yang pesat dan bertambah maju.








Perkembangan system teknologi maklumat juga memainkan peranan penting dalam usaha membawa
kemajuan sesebuah tamadun. Sistem tersebut berkembang bagitu pesat selari dengan
perkembangan kemajuan dunia hari ini menunjukkan bahawa, tamadun amat memerlu kan
kecanggihan system komunikasi bagi menghadapi era globalisasi, dunia tanpa sempadan.2
Bagaimanapun kekuatan dan kestabilan politik dalam sesebuah negara amat berkait rapat
dengan kebijaksanaan, kekuatan pertahanan dan keadilan para pemimpin dalam pemerintahan.
Kewujudannyalah yang menentukan kelangsungan sesebuah tamadun.
Budaya globalisai atau dunia tanpa sempadan diperlukan dalam mengubah sinario pembangunan
manusia sejagat demi meningkatkan tamadun kehidupan. Walau bagaimana pun kecanggihan sains
dan teknologi akan melahirkan satu budaya yang akan bertententangan dengan pembangunan
rohani para pengguna.

Tiap-tiap tamadun utama dunia meninggalkan cebisan-cebisan sumbangan keatas tamadun-tamadun
lain yang sezaman dengannya. Apabila sumbangan sesuatu tamadun utama itu berjaya melepasi
sempadan zamannya, serta dapat pula diterima sebagai sumbangan yang bersifat sejagat oleh
tamadun-tamadun lain, maka apresiasi terhadap sumbangan tersebut menjadi lebih ironis dan
bermakna.

globalisasi adalah satu bentuk cabaran atau evolosi sesebuah temadun perantaraan media
komunikasi seperti internet, media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini mungkin
melahirkan perhubungan antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan
sesama manusia.segala perubahan akan berlaku dengan pantas, ini membolehkan masyarakat
dunia seakan bersatu dibawah satu teknologi yang menghubungkan negara lain tampa had
sempadan, semakin lama ia akan semakin murah dari segi tenaga yang akan digunakan dan juga
perkhidmatan secara langsung, ini termasuk segala perkhimatan yang di gunakan untuk memberi
maklumat dan mendapat maklumat, secara terangnya kita akan mendapat revolusi yang akan
tidak terbendung dari segi ekonomi dan segala gejala, tetapi kalau di lihat dari segi
pendidikan ia amat mengutungkan manusia inilah cabaran sebenar dalam dunia tamadun
sekarang.Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud
kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat
dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan
pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:
Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang
Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman
Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu
Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara,
masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini.
Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah
memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan
situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua
peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih
pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.

kenapa globalisasi adalah cabaran?
cabaran yang akan memberi kesan kepada tamadun itu sendiri, kerana dalam sesebuah tamadun
itu, akan menpunyai cetusan idea atau penganut sesebuah pendapat yang akan memberi ruang
untuk masyarakat berfikir luas dari jangkaan kita. sebagai sebuah tamadun yang ia akan
sering membangun mengikuti perkembanagan sebuah idea yang diluahkan atau dibentuk oleh
dasar luar.

sebagai satu langkah, malaysia adalah negara majmuk yang mempunyai pelbagai adat resam dan
kepercayaan, untuk mengekal atau mengadunkan masyarakat malaysia adalah satu cabaran hebat,
ini dengan masing-masing mempunyai pendapat dan hak-hak perlu di tuntut dan diperjuangkan
survival pada masa hadapan.politik globalisasi banyak pengaruhi minda atau pengetahuan
semua pihak, ini membolehkan pertikai sebarang idea atau kebebasan bersuara yang di
pengaruhi oleh suara majoriti. secara langsung segala tindak tanduk akan menjadi perhatian
untuk menarik atau menyatukan masyarakat adalah seperti pekara mustahil di capai. ini di
lihat sebagai cabaran dalam era globalisasi. penyatuan malaysia adalah lebih berlandaskan
keuntungan bagi semua pihak untuk kepentingan politik ekonomi serta pendidikan.

kesan lebih terasa dari globalisasi apabila secara terus menurus kita boleh mengembangkan
dan memperdagangankan segala produk dah khidmat, segala berlaku dengan sekelip mata urusan
jual beli juga ada cabaran di sebalik kecanggihan teknologi globalisasi. ekonomi akan lebih
mantap seiring dengan keupayaan individu itu mempelopori bidang globalisasi, ini akan
menokok tambah perolehan negara dalam ekonomi luar, kita sering mendengar dan lihat cara
atau perkembangan negara lain mengenai perkembangan pesat secara cepat dan melampau, ini
terbukti dari dua negara besar dari asia iaitu India dan China, pembangunan ekonomi
negara-negara asia, ini juga membawa pengaruh kepada asian dan negara membangun yang lain,
secara tidak langsung negara tersebut dapat bersaing dengan negara barat yang sarat dengan
ilmu dalam bidang pengeluaran.
adakah asia bakal menjadi tembok keras bagi ekonomi globalisasi, atau mungkin mempunyai
blok perniagaan sendiri seperti di eropah? ini mungkin terjadi apabila pendedahan mengenai
ekonomi global secara langsung. Kita harus bersedia dalam sebarang kemungkinan yang mendadak, ekonomi malaysia adalah bergantung dengan rakan niaga diantara negara-negara yang membuat perjanjian kerja sama ekonomi. Seperti kita ketahui globalisasi boleh menaik turunkan sebuah ekonomi negara lain secara mendadak, dan ini boleh dikatakan kesan dari globalisasi keatas malaysia.

dasar pendidikan yang menuntut agar lebih membangun seiring dengan khendak semasa adalah di
perakui oleh semua pihak. segala ilmu akan di kongsikan melalui teknologi globalisasi
manusia akan menjadi lebih arif mengenai bidang-bidang yang diceburi termasuk ekonomi
kesihatan dan perlembagaan, segala bidang tersebut akan melangkaui kecanggihan dan
permodenan yang setiasa di perbahrui mengikut kehendak dan atas dasar keserasian bidang
tersebut, ini boleh dikatakan mengikut rentak dunia yang semakin canggih dan dibebanni
segala masaalah atau cabaran baru akan ditempuh.

Selain itu, dengan adanya kemudahan internet juga dapat memberi peluang kepada para pakar
membuat analisis samada untuk tujuan pelaburan, mencari rakan kongsi mahupun kesesuaian
melabur disesebuah negara dengan hanya melayari internet. Selain itu juga, intenet dapat
membantu menyediakan peluang yang lebih besar kepada masyarakat untuk menceburi bidang
perniagaan yang mereka minati serta sesuai dengan kemampuan dan kemahiran yang mereka
miliki mahupun membesarkan urusniaga yang telah mereka jalankan, mencari rakan kongsi dalam
perdagangan antarabangsa mahupun mencari peluang memperluaskan perdagangan diperingkat
antarabangsa. Perkara ini adalah rentetan daripada kemudahan internet yang dapat
menyalurkan maklumat dengan mudah keserata dunia tanpa sempadan. Mereka boleh mengiklankan
tentang perniagaan mereka di internet dan dengan cara ini masyarakat diseluruh dunia dapat
dimaklumkan tentang perniagaan tersebut dengan mudah dan cepat.

Bagi para pelajar pula, mereka dapat mencari maklumat dan rujukan tambahan untuk proses
pembelajaran mereka melalui kemudahan internet. Sekiranya mereka tidak dapat mencari bahan
rujukan dalam bentuk buku ataupun media cetak yang lain, para pelajar boleh menggunakan
insiatif lain untuk mencari maklumat dengan menggunakan internet. Kaedah ini adalah lebih
cepat kerana para pelajar hanya perlu menaip tajuk rujukan yang diperlukan pada engin
pencarian sesuatu laman web yang berkenaan, setiap rujukan akan terpampang pada skrin
komputer. Dengan menggunakan kaedah ini, para pelajar mungkin dapat lebih memahami tentang
pembelajarannya kerana telah mempunyai pelbagai rujukan tambahan untuk pembelajaran mereka.
Selain itu, dengan perkembangan era globalisasi dan kemajuann komputer dan internet,
lahirlah satu kaedah pembelajaran yang baru iaitu Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) untuk
menyertai kelas tambahan dimana dengan menggunakan kaedah ini para pelajar tidak perlu
datang ke kelas tambahan tersebut untuk belajar tetapi hanya duduk didepan komputer tidak
kira dirumah ataupun dimana sahaja asalkan komputer tersebut disambungkan ke internet
supaya dapat berhubung dengan tempat mereka belajar.

ekonomi akan menjadi lebih mencabar dalam erti katanya, ada kebaikan dan kesan keburukan,
bagaimana ia terjadi? kita akan melihat segala kepesatan dan kekayaan mendadak secara tidak
stabil dimana ia akan memberi pengaruh buruk dari pelbagai kaum atau masyarakat, kesan ini
juga berkait dengan permasaalahan negara yang berbilang kaum dan bangsa

demi untuk memastikan semua kaum dan bangsa untuk mencapai kepuasan atau untuk tidak
menimbulkan sebarang isu berbangkit terhadap permasaalahan kaum di negara ini. kontrak
sosial telah di perkenankan kepada ketua-ketua bangsa berbilang kaum ini juga meramkumi
segala aspek yang berkaitan, ini adalah untuk memastikan kaum bumiputra tidak terlalu
tercicir di dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas dan mencabar.

Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik
antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.
Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat
dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa
ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang
apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan
Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum
yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang
mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka
kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.
[Nazaruddin Mohd Jalil, 2001]

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum
merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum
Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui
oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari
perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan
yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan
sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi
tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang
dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di
negara ini. [Mohamed Jauhar Hassan, 1996]

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, Islamlah agama terawal yang merumuskan satu formula
berkaitan kontrak sosial sebagaimana terangkum dalam Piagam Madinah. Bahkan kontrak sosial
yang terbentuk melalui piagam Madinah pada tahun 622 Masihi itu merupakan dokumen
perlembagaan terawal yangmenggariskan prinsip kebebasan dan jaminan hak yang sama rata di
kalangan pelbagai kaum.

Kontrak sosial tersebut jelas memperincikan dan mempertahankan hak, keistimewaan, kebebasan
dan keadilan setiap kaum di Madinah termasuklah kaum minoriti Yahudi dan bangsa Arab lain
yang bukan beragama Islam.Malah jika diperhatikan, daripada 47 fasal yang terkandung dalam
Piagam tersebut, 24 daripadanya adalah peruntukan hak dan kewajipan masyarakat minoriti
Yahudi.

Prinsip kebebasan agama amat dititikberatkan Rasullulah S.A.W hingga baginda secara jelas
menegah sebarang usaha merobohkan gereja dan tempat peribadatan agama lain bagi digantikan
dengan pembinaan masjid. Paderi-pader dan ketua-ketua agama lain yang tinggal di Bukit
Sinai umpamanya turut diberikan perlindungan khusus oleh Rasullulah daripada sebarang
ancaman musuh.

Sejarah Globalisasi?
Telah menjadi tabiat manusia, mereka berkeinginan untuk menguasai pihak yang lain. Justeru,
berlakulah pelbagai pergaduhan dan peperangan dalam sejarah manusia, bermula dari zaman
dahulu hinggalah ke hari ini, untuk melaksanakan keinginan tersebut. Keinginan untuk
berkuasa ini bukan sahaja berbentuk peribadi, bahkan ia juga berbentuk kelompok. Dengan
kata lain, keinginan tersebut dimiliki oleh sesuatu bangsa atau umat untuk menguasai bangsa
dan umat yang lain.

Memandangkan manusia telah dianugerahkan oleh Allah kemampuan untuk berfikir, maka
pertelingkahan dan peperangan yang berlaku untuk memuaskan keinginan tersebut berlaku dalam
pelbagai bentuk. Kalau dahulu mereka berperang dengan hanya menggunakan senjata kuno
seperti pisau, pedang dan lembing, namun kini mereka menggunakan peralatan yang lebih
canggih seperti senapang, bom dan sebagainya.

Dalam menerangkan perkara ini, seorang pengkaji berkata:
"Peperangan dan bentuk-bentuknya semakin maju dengan majunya akal manusia. Persenjataan
juga semakin maju bermula dengan penggunaan besi dan api hingga berakhir dengan senjata
nuklear di penghujung perang dunia yang disaksikan oleh umat manusia pada tahun 1945 yang
menandakan munculnya kuasa baru dunia iaitu Amerika Syarikat"

Memandangkan peperangan sedemikian rupa memerlukan kepada modal yang tinggi dan
meninggalkan kesan yang sangat negatif dari apsek harta dan moral, maka manusia berfikir
cara baru dalam mencari kekuasaan. Berkaitan perkara ini, berkata Dr. Mustafa Abdul Ghani:
"Sebelum sempat Kuasa Perikatan bersedia untuk keluar daripada Perang Dunia Kedua dengan
kemenangan, Amerika Syarikat telah cuba memperkukuhkan peranan imperialisnya yang baru.
Kita tahu bahawa Persidangan Bretton Woods yang berlangsung pada 1/7/1944 hingga 22/7/1944
adalah dianjurkan oleh Amerika. Dalam persidangan tersebut bermulalah kisah pertubuhan-
pertubuhan antarabangsa yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memperkuat cengkamannya
terhadap negara-negara yang lain. Dalam persidangan itu juga, dua perjanjian telah berjaya
dibentuk iaitu tabung wang dan bank dunia. Selepas itu[11], Perjanjian Am Mengenai Taarif
Dan Perdagangan telah dibuat. Secara zahir pada awalnya, ia hanyalah sebagai badan
sementara berkaitan perdagangan."

Sungguhpun globalisasi adalah satu sistem barat yang tidak Islam, ia perlu dikaji dan
disaring aspek-aspek negatif dan positifnya. Adalah tidak bijak untuk mengumumkan hukuman
kepada apa jua perkara baru, sama ada ia baik atau buruk, tanpa dikaji terlebih dahulu
dengan teliti. Imam Ghazali ketika berhadapan dengan cabaran falsafah Yunani di zamannya,
tidak terlalu cepat mengeluarkan hukuman kepada falsafah tersebut. Bahkan, beliau mengkaji
baik buruknya perkara tersebut sehingga mampu mengeluarkan perkara positif daripada banyak
perkara negatif yang terdapat dalam falsafah Yunani. Justeru, globalisasi juga perlu dikaji
buruk dan baiknya sehingga umat Islam mampu mempergunakan aspek positif yang ada untuk
menentang keburukan-keburukan globalisasi.

Kesan Negatif

Terdapat banyak kesan negatif yang timbul daripada globalisasi, antaranya:

1. Proses Pengamerikaan Dunia

Ia merupakan proses untuk menjadikan budaya Amerika diikut oleh semua penduduk dunia.
Proses ini akhirnya akan merosakkan budaya-budaya lain selain budaya Amerika. Perkara ini
tidak menjadi negatif sekiranya budaya Amerika adalah budaya yang baik, bertepatan dengan
fitrah kejadian manusia dan agama Islam. Namun sebaliknya, budaya Amerika merupakan budaya
yang kebanyakannya bertentangan dengan akhlak dan ajaran Islam. Budaya gay dan seks bebas
merupakan contoh yang jelas.

Mereka menggunakan media massa untuk menyebarkan luaskan budaya mereka. Filem-filem yang
mereka buat di Hollywood, di samping dapat mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda
kepada Amerika, ia digunakan untuk tujuan mempromosikan budaya mereka kepada dunia. Bukan
itu sahaja, budaya makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken dan Mc Donald cuba
diterapkan kepada penduduk dunia. Proses pengamerikaan ini akhirnya akan menjadikan sesuatu
bangsa lebih berbangga untuk mengikut budaya Amerika daripada budayanya sendiri, bahkan
sampai ke tahap memandang rendah kepada budaya ibundanya sendiri.


2. Kemiskinan dan Penindasan

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi "Sesungguhnya globalisasi seperti yang dilihat hari ini,
hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk keuntungan yang kaya
terhadap golongan miskin dan untuk manfaat blok utara yang kaya tehadap blok selatan yang
miskin"[16]. Kenyataan tersebut jelas menunjukkan kesan negatif globalisasi. Dalam sistem
globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin.

Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan dalam mewujudkan jurang
yang besar di antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang
berada di blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan
syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam.

Begitu jugalah, dengan wujudnya WTO, kemiskinan dan penindasan akan berterusan. Hal ini
kerana WTO membentuk satu persaingan bebas dalam perdagangan. Sudah pasti, negara blok
selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negara-negara maju
di blok utara. Justeru, inilah "penjajahan lama yang berwajah dan bernama baru".

kebaikan globalisasi dalam pembangunan ekonomi negara
berikut ini kebaikan globalisasi ekonomi ada manfaat ada juga kelemahan ada juga kebaikan
globalisasi ekonomi seperti produksi global dapat ditingkatkan, pandangan ini sesuai dengan
teori 'Keuntungan Komparatif' dari David Ricardo.



Melalui spesialisasi dan perdagangan faktor-faktor produksi dunia dapat digunakan dengan
lebih efesien, output dunia bertambah dan masyarakat akan memperoleh keuntungan dari
spesialisasi dan perdagangan dalam bentuk pendapatan yang meningkat, yang selanjutnya dapat
meningkatkan pembelanjaan dan tabungan.

Meningkatkan kemakmuran masyarakat dalam suatu negara. Perdagangan yang lebih bebas dan terbuka
memungkinkan masyarakat menjadi sebagai negara pengimpor lebih banyak barang dari luar negeri. Hal ini menyebabkan pengguna mempunyai pilihan barang yang lebih banyak. Selain
itu, pengguna juga dapat menikmati barang yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah.
Meluaskan pasar untuk produk dalam negeri. Perdagangan luar negeri yang lebih bebas
memungkinkan setiap negara memperoleh pasar yang jauh lebih luas dari pasar dalam negeri.
Dapat memperoleh lebih banyak modal dan teknologi yang lebih baik. Modal dapat diperoleh
dari investasi asing dan terutama dinikmati oleh negara-negara berkembang karena masalah
kekurangan modal dan tenaga ahli serta tenaga terdidik yang berpengalaman kebanyakan dihadapi oleh negara-negara berkembang.
Menyediakan dana tambahan untuk pembangunan ekonomi. Pembangunan sektor industri dan
berbagai sektor lainnya bukan saja dikembangkan oleh perusahaan asing, tetapi terutamanya
melalui investasi yang dilakukan oleh perusahaan swasta domestik.
Perusahaan domestik ini seringkali memerlukan modal dari bank atau pasar saham. dana dari
luar negeri terutama dari negara-negara maju yang memasuki pasar uang dan pasar modal di
dalam negeri dapat membantu menyediakan modal

Pengaruh Globalisasi Kini Terhadap Peradaban
Banyak pihak di dunia telah dan sedang menilai buruk baiknya globalisasi, terutamanya
globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi tetapi
senarai keburukannya lebih panjang, iaitu sebanyak tigabelas keburukan. Walaupun perkiraan
kuantiti tidak semestinya boleh disamakan dengan pertimbangan kualiti dalam menilai
globalisasi, namun banyak pihak berpendapat bahawa globalisasi mendatangkan lebih banyak
keburukan kepada umat manusia seluruh dunia daripada kebaikan.Menurut Chandra, lapan aspek
positif globalisasi ialah
(1) peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan
mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara,
(2) peningkatan mobiliti sosial dan
pengukuhan kelas menengah,
(3) peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan
menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat,
(4) komunikasi yang lebuh mudah dan juga murah,
(5) peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-
bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi,
(6) peluang lebih luas untuk
menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis
bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia,
(7) penonjolan idea-ide dan
amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan
hak-hak asasi manusia dan akhir sekali
(8) penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Jika diperhatikan, maka kita dapati bahawa sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang
berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan
sosial. Namun seperti yang ditegaskan oleh Chandra, semua aspek globalisasi yang dianggap
positif ini sepatutnya dialu-alukan oleh semua agama. Dari segi keburukan globalisasi pula,
tigabelas perkara yang disenaraikan oleh Chandra ialah:
1) kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor
keuntungan.
2) Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara
kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
3) Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara
terutamanya di negara-negara Selatan
4) Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru
yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
5) Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatann yang semakin melebar
di negara-negara Utara sendiri.
6) Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan
moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.
7) Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang
dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.
Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan roh”.
9) Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus
ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan
kemasyarakat.
10) Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
11) Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-
hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.
12) Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.
13) Pengantarabangsaan penyakit.

nilai-nilai murni ada didalam hati manusia, tetapi tidak semua iklas dalam melaksanakan
fardu terhadap manusia lain, ini adalah sifat semula jadi manusia yang lebih suka
mendominasikan manusia yang lemah kal fikiran. kita sepaptutnya sedar mengenai perkara yang
di globallisasikan adalah untuk jalan kemakmuran


Kenapa keburukan lebih menonjol dari kebaikan kesan globalisasi keatas tamadun malaysia?
ini lebih tertumpu kepada ekomomi dan kemajmukan antara kaum di malaysia, untuk mewujudkan
kaum atau bangsa Malaysian, adalah masih belum boleh di banggakan kerana kebayakannya masih
lagi ragu-ragu mengenai bangsa dan masa hadapan atau kesinambungan budaya dan agama
tersebut, kita masih lagi mendengarkan suara-suara kecil untuk menegakan panji-panji bangsa
sendiri, masih perjuangkan perkara yang sama dalam menuntut hak-hak daripada semua konteks,
ini amat membingbangkan keatas tamadun malaysia itu sendiri.

Merujuk kepada globalisasi politik, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran ide-ide
seperti demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaranajaran
yang ada dalam agama dan tradisi kita. Yang nyatanya, wacana tentang ide-ide tersebut perlu
dipertingkatkan. Sebilangan intelektual Muslim yang menetap di Barat menegaskan bahawa.
Demokrasi bukanlah sistem yang ideal tetapi mereka juga berpendapat bahawa dalam konteks.

Zaman ini ia merupakan yang terbaik untuk manusia. Apa pun pandangan kita tentang demokrasi, isu ini perlu ditangani dalam suasana bebas dan tenang. Kita yakin boleh
diwujudkan sistem demokrasi yang lebih baik lagi dan yang serasi pula dengan ajaran Islam.
Begitu juga dengan isu pluralisme dalam pengertiannya yang luas, termasuklah pluralisme
keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan politik.

Kesimpulan ini mungkin jalan terbaik kearah tamadun malaysia yang unik?
pengisian dalaman seperti ilmu dan cara berpolitik mungkin lebih kepada rohani adalah jalan
untuk mewujudkan masyarakat lebih berkualiti (malaysian), ini adalah merujuk kepada
beberapa perkara penting untuk memastikan tamadun malaysia adalah kekal dan impak mengenai globalisasi adalah hanya memberi kesan terbaik untuk peratusan kearah tamadun malaysia yang boleh dijadikan contoh pada masa akan datang

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia.
Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban tamadun.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan
moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita
dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi dalam nilai yang memberi kesan keatas tamadun Malaysia ini dengan lebih teliti lagi.
Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, insya’ Allah, kita perlu menggunakan
segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.
Kesan pada tamadun malaysia, adalah jangkaan yang cerah di mana kita akan melihat masyarakat malaysia itu sendiri, mungkin satu budaya campuran yang berlainan kepercayaan, ini amat unik dalam dunia kini.
Mungkin pada masa akan datang kita akan menjadi sebahgian sejarah yang popular dimana Malaysia menjadi model dan dapat mengekalkan segenap bangsa untuk bersatu dalam sebuah negara yang unik, ini terpulang kepada hala tyuju politik Malaysia akan datang, segala dasar-dasar pemerintahan akan diukur mengikut keserasian masa dan rakyat. Perubahan adalah pasti ini terbukti apabila segala dasar negara akan dipinda untuk mengikut kehendak atau tuntutan semasa dan globalisasi

No comments:

Post a Comment