Popular Posts

Saturday, May 28, 2011

nasi beryani yang tinggi kalori;))

nasi beriyani, panggilan negara ini.hakikatnya terdapat banyak versi nasi beriyani termasuk turkish pilaf,iranian beriyani, quaboli, indonesian beriyani, sindhi beriyani,idiyappam beriyani dan kashmiri beriyani.
apa pun namanya, nasi beriyani kini menjadi antara hidangan kegemaran masyarakat di negara ini. keenakan rasanya membuat beriyani cukup popular terutama sebagai hidangan di majlis2 perkahwinan,sambutan perayaan atau acara istemewa.
biarpun begitu nasi beriyani tidak disarankan diambil setiap hari ataupun terlalu kerap.ini kerana kandungan kalori nasi beriyani bersama seketul ayam dan kuah dianggarkan mengandungi 643kalori dengan lemak sebanyak 26.7g, karbohidrat 74.8g, protein 26g, dan kolestrol 23g.
jika pengambilan ini diambil oleh orang dewasa dengan keperluan kalori seharinya ialah 2,000 kalori, sepinggan nasi beriyani ini telah memenuhi 27% keperluan karbohidrat, 26% protein dan telah memenuhi hampir 50% keperluan lemak dalam satu hari.

ia bukan mengejutkan kerana setiap lima cawan beras ,secawan minyak sapi akan digunakan utk memasak nasi beriyani(beras dicampurkan dalam minyak sapi sebelum ditumis dengan rempah ratus).

bagi menambahkan keenakannya, satu tin susu sejat dicampurkan.ia akan memberikan rasa lemak , manis, bersari kepada nasi yang dimasak.oleh kerana, ia hidangan nasi ,ia perlu diambil bersama dengan lauk beriyani.

seperti nasi beriyani,daging juga disedikan dengan cara yang sama. setengah cawan minyak sapi dipanaskan dalam kuali.kemudian pes beriyani ditumis sebelum daging dimasukan. selain daging, ayam,ikan, udang,kambing juga boleh digunakan.

memandangkan kandungan lemak yang tinggi bagi satu hidangan, nasi beriyani tidak digalakan diambil dengan kerap.jumlah kalori bertambah sekiranya ada penambahan lauk lain seperti rendang daging,dalca dan sebagainya.

ia boleh memberi ekstra kalori antara 100-200 kalori.dicadangkan pengambilan hanya sekali dalam tempoh dua hingga tiga bulan.pilih pengambilan hidangan nasi biasa yang rendah kalori seperti nasi ayam hainan atau nasi putih bersama ikan bakar dan sayur tumis air.

kandungan utama:
5 cawan beras basmati
1 cawan minyak sapi
1 cawan susu sejat

jumlah tenaga(lebih 600 kalori)

untuk membakar kalori ini anda perlu sejauh 25km dalam masa sejam atau berbasikal menaiki bukit selama setengah jam.

No comments:

Post a Comment