Popular Posts

Sunday, May 29, 2011

cara mengelak mati mengejut :))

bolehkah kita mengelak daripada mati mengejut? ia sukar untuk dijelaskan kerana kita tidak diberikan sebarang tanda.namun penting bagi kita menjaga kesihatan jantung.bagaimana caranya:

sesiapa yang belum ada penyakit jantung perlulah menjaga jantung supaya jangan sakit. sesiapa yang pernah mengidap penyakit jantung harus menjaga lebih baik. menjaga disini bermaksud makan ubat,mengikut nasihat dokor,bersenam dan elak makanan yang tidak sihat, tidak merokok,awasi berat badan,tahap kolestrol darah tinggi.

malah kajian penyelidik sweeden ke atas lebih 24,000 wanita mendapati menjalani gaya hidup seperti pengambilan alkohol secara sederhana, amalan pemakanan yang sihat, kerap bersenam, berat badan normal dan tidak merokok boleh mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 92%. jadi apa lagi cuba amalkan tip2 ini:

minum teh hijau:

teh hijau mengandungi antioksidaan yang berkuasa mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. bagi keperluan sehari, panaskan 0.5liter air dan masukan tiga uncang teh , biarkan selama 10minit .keluarkan uncanh teh dan minum.

semak label makanan:

membaca label makanan pada produk makanan berupaya membantu anda menyingkir kembali dua kali kalori berbanding mereka yang tidak mengambil tahu mengenainya.tip penting pastikan lemak tidak melebihi 30% daripada jumlah kalori yang diambil.elakakn lemak trans atau minyak terhidrogen(sekurang2 nya satu% daripada jumlah kalori sehari.)

memasak gaya orang itali:

gunakan minyak zaitun sebanyak yang mungkin.gantikan pengunaan mentega atau merjerin dengan minyak yang kaya dengan antioksidaan ini.minyak zaitun lebih baik digunakan secara mentah dan jangan sesekali digunakan untuk mengoreng.

cari masa untuk tidur:

tidur yang cukup mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 33%, berdasarkan laporan kajian yang diterbitkan dalam journal of the american association. ini kerana kurang tidur menyebabkan tubuh membebaskan hormon stres yang mengecutkan arteri dan mencetus keradangan.

amalan pemakanan yang sihat:

lebih serat sekurang2 nya 25% -35% serat sehari(terutamanya brokoli dan kubis). selain serat pastikan anda menikmati ikan terutamanya yang kaya dengan Omega-3. hanya sekali seminggu risiko kematian akibat serangan jantung akan berkurangan sehingga 52%.

mulakan hari dengan jus:

jus oren mengandungi asid folik yang membantu merendahkan homositein, asid amino yang berkait dengan risiko serangan jantung.jua anggur kaya dengan flavonoid dan resveratrol,antioksidaan yang menghalang sel darah merah berkelompok. selain itu,jangan lupa kacang dan coklat hitam(14g coklat dengan lebih 70% koko sehari)

bersenam untuk jantung:

berjalan selama 2.5jam dalam tempoh seminggu(20minit sehari) boleh mengurangkan risiko serangan jantung sehingga satu pertiga serta menyingkir penyakit diabetes.jika merasa ingin mencuba sesuatu yang lain seperti menari.kekal aktif adalah lebih baik daripada bersenam selama 30-40minit kemudian duduk menghadap komputer.

mulakan dan akhiri hari dengan regangan:

fleksibiliti adalah kunci kepada kesihatan jantung kajian dijepun mendapati individu dewasa berusia lebih 40 tahun yang kerap melakukan regangan kurang 30% mengalami kekakuan dalam arteri. aktiviti rengangan antara 10-15 minit sehari memudahkan arteri dilenturkan yang memberi kesan kepada otot dan tisu sekelilingnya.cubalah pergerakan yoga yang mudah fleksibiliti.

makan pisang:

untuk menurunkan tekanan darah jangan hanya mengurangkan natrium .anda juga harus melebihkan kalium, kerana ia mempercepatkan penyingkiran natrium daripada tubuh.namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.lebih natrium kurang kalium. sumber kalium ynag utama termasuklah kentang bakar,pes tomato,kacang lima,yogurt dan pisang.

kurangkan gula:

individu yang mengambil gula lebih 74% fruktosa (3 kali minuman ringan) adalah 87% lebih berisiko mengalami peningkatan tekanan darah. penyelidik percaya fruktosa berlebihan mengurangkan nitrik oksida, gas yang membantu salur darah relaks dan mengembang.

jangan jadi perokok pasif:
mempunyai teman2 yang merokok...jauhi diri anda...jantung anda akan berterima kasih...

No comments:

Post a Comment