Popular Posts

Saturday, June 4, 2011

psikosis :)

apakah Psikosis?

berasal daripada istilah Greek "psyche" yang bermakna minda/jiwa dan "Osis" bermaksud keadaan tidak normal. ia adalah terma psikitri umum bagi tahap mental yang dikaitkan dengan hilang pertimbangan terhadap dunia realiti. penderitaan masalah ini disebut sebagai psikotik. situasi psikotik yang lebih serius digelar sebagai halusinasi dan delusi.

simptom2 psikosis :

* mengalami perubahan yang amat ketara dalam tingkahlaku , pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit.

* berasa keliru

* terdengar suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka(halusinasi)

*mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain(delusi)

*percakapan banyak merapu dan mengarut

*berkelakuan aneh seperti bercakap seorang , ketawa atau marah secara tiba2 tanpa sebab.

punca Psikosis :

mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental:
* risiko untuk anda mengawasi masalah psikosis adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai keturunan penyakit ini dalam salasilah keluarga anda.

mempunyai sejarah penyakit mental:
* wanita pernah mengalami sakit mental sebelum ini lebih berisiko untuk mengalaminya sekali lagi.antara penyakit mental yang dimaksudkan adalah bipolar disorder, depressive disorder atau psikosis selepas bersalin.

melahirkan anak (primaparity)

wanita yang baru melahirkan anak terutamanya anak pertama berisiko dua kali ganda untuk mengalami psikosis selepas bersalin. selain itu mereka masih muda dan mentah turut berhadapan dengan stres kerana kurang pengalaman untuk menguruskan diri serta anak.

mengalami komplikasi ketika mengandung:

komplikasi seperti pendarahan, kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung boleh menyebabkan wanita tersebut mengalami tekanan sehingga menyumbang kepada menyumbangkan kepada psikosis selepas bersalin.

mengalami komplikasi ketika melahirkan anak:

wanita yang berhadapan dengan komplikasi seperti melahirkan anak pramatang, bayi yang baru dilahirkan bermasalah seperti cacat, kelahiran sonsang, tali pusat terbelit mahupun kematian bayi lebih berisiko selepas bersalin.

masalah sosial:

masalah keluarga seperti masalah ekonomi , pergaduhan suami isteri,pertengkaran bersama mertua,wanita yang ditinggalkan suamai antara yang menjadi pengidap psikosis. selain itu ibu yang melahirkan anak tanpa berkahwin akan turut menjadi mangsa psikosis.

No comments:

Post a Comment