Popular Posts

Tuesday, May 31, 2011

si manis teh tarik 3 layer ;))

biarpun begitu seperti mana yang kita ketahui minuman sebigini tidak disarankan daripada aspek kesihatan. bayangkan secara kasar segelas teh tarik 3 layer memerlukan sekitar tiga sudu makan susu pekat manis.jumlah tersebut mewakili 15g gula,2.4g protein dan 2.4g lemak atau 91 kilokalori(kkal) tenaga.

dengan jumlah tenaga sebanyak itu anda perlu menari selama 32minit atau berenang(29 minit) atau berkebun dengan tekun 38 minit. bagaimana pula kalu anda minum teh tarik 3 layer ini tiga kali sehari selama setahun. berapa banyak jumlah tenaga yang dikumpulkan? jawapan ialah 99,645 kkal atau berat anda boleh bertambah sebanyak 12.94kg!(bergantung pada amaun susu yang digunakan).

itu baru susu pekat. bagaimana pula dengan tiga sudu gula melaka yang turut dicampurkan.berdasarkan fakta satu sudu makan gula melaka menyumbang 64g gula dan 0.1g lemak.

untuk menghasilkan segelas teh tarik tiga layer yang pekat dan menarik, dua teh tarik uncang digunakan.ini menyumbang kepada kandungan kafein diambil sekitar(250mg) boleh menyebabkan intoksikasi kafein di mana seseorang itu akan mengalami resah, risau,insomnia,diuresis dan masalah usus.

dan jika pengambilan melebihi satugram sehari,gangguan ritma jantung, kekusutan fikiran, kejang otot dan panik juga boleh berlaku.lebihan gula dalam badan boleh menyebabkan beberapa komplikasi kronik terhadap kesihatan seperti melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria,merosakan buah pinggang,menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan,menyebabkan kanser ovari, prostat dan kanser dubur, meyebabkan kanser kolon.

tidak cukup dengan itu, gula berlebihan juga berbahaya kerana boleh menyumbangkan kepada risiko mendapat kanser pundi hempedu ,paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat,melemahkan penglihatan dan banyak lagi.

oleh itu jangan biarkan gula bermaharajaleladalm tubuh badan anda.berdasarkan panduan Diettari Malaysian 2010,anda disarankan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang bergula dan jika terpaksa menganti pengambilan susu pekat manis dengan susu rendah atau tanpa lemak.

kandungan bahan:
3sudu susu pekat manis
3sudu gula melaka
2 uncang teh

jumlah tenaga:283kkal
*untuk membakar anda perlu menari,berenang atau berkebun selama 1 1/2jam

No comments:

Post a Comment