Popular Posts

Wednesday, June 1, 2011

apakah nombor anda? ;))

sebiji epal sehari mampu menjauhkan anda daripada penyakit.namun itu tidak bermakna anda perlu tidak melakukan pemeriksaan kesihatan. ia penting kerana doktor membantu anda mengetahui rekod kesihatan seperti tekanan darah,berat badan,gula darah dan mengenal pasti maslah kesihatan di peringkat awal. setiap indeks kesihatan mempunyai nombor yang memerlukan anda memantaunya. dibawah nombor2 yang penting perlu anda ketahuibagi mengelak risiko serangan jantung.

tekanan darah tinggi
-120/80 mmHg:
apakah maknanya: ukuran tahap kesihatan jantung.

mengapa ia penting: tekanan darah adalah ukuran tekanan darah sewaktu menolak dinding salur darah. nombor mewakili jantung mengepam darah(tekanan sistolik) dan apabila ia berehat antara dengupan (tekanan diastolik).semakin tinggi nombor ,lebih tinggi tekanan.ini bermakna jantung perlu bekerja kuat untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. keadaan ini menyebabkan anda berisiko diserangkan hipertensi atau srangan jantung.

kolestrol
-100mg/dl untuk LDL dan 40mg/dl bagi HDL
apakah makna nya: ukuran kolestrol baik(HDL) dan buruk (LDL)dalam tubuh.

kolestrol adalah ukuran( diukur dalam miligram (mg)/deciliter(dl) lemak dalam tubuh.LDL (low density lipoprotein) adalah kolestrol buruk kerana mengalakan pembentukan plak dalam salur darah. HDL (high density lipoprotein) adalah kolestrol baik kerana membantu menyingkirkan LDL daripada arteri. jika LDL dalam darah terlalu tinggi , bermakna anda terdedah kepada serangan jantung atau strok.

dengupan jantung sewaktu rehat-60 degupan perminit(bpm):
apakah maknanya: bilangan degupan jantung sewaktu anda berehat(60bpm dan kebawah dianggap sihat)

mengapa ia penting:

kadar dengupan jantung yang tinggi sewaktu rehat menunjukan jantung anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah.ini bermakna tugasan harian yang mudah seperti sarapan pagi atau membuka balang kuih sudah cukup untuk membebankan jantung. kecederaan, letih dan beban kepada sistem kardiovaskular- yang mana kesemuanya boleh cegahbdengan bersenam dan mengekalkan berat badan yang sihat.

saiz pinggang-35 inci untuk wanita dan 40 inci bagi lelaki:

apa maknanya:
ukuran ukur lilit pinggang.

mengapa ia penting:

saiz pinggang merupakan petanda risiko menunjukan anda boleh diserangoleh banyak penyakit seperti kardiovaskular dan diabetes.malah ukuran ini lebih tepat jika dibandingkan dengan lain2 ukuran seperti indeks jisim tubuh (BMI). ukuran saiz pingggang sebenarnya amat penting. ini kerana walaupun anda hilang satu inci daripada sebelumnya, tahap kesihatan akan berubah. lagi pun cara mengukurnya sangat mudah. anda cuma perlu mendapatkan pita ukuran dan lilitkannya di sekeliling pinggang pada paras pusat. jika melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki, ia dianggap bahaya.

paras gula sewaktu berpuasa
- 3.9 ke 5.5 mmol/L

apa maknanya: ujian untuk mengukur amaun glukosa dalam darah selepas anda tidur.(atau tidak makan selama lapan jam)

mengapa penting:

ujian gula darah atau glukosa darah adalah petunjuk yang baik untuk mengetahui kecekapan tubuh memproses gula atau glukosa dan anda berisiko diserang diabetes. sebarang ukuran yang melebihi 5.6 mmol/L mencadangkan anda berada di peringkat pra-diabetes.

No comments:

Post a Comment