Popular Posts

Friday, August 12, 2011

kek madeleine (lapan biji)

bahan2:
100g tepung serbuk penaik
secubit garam {diayak bersama}

100g gula kastor
100g mentega
2biji telur
1/2 camca teh esen vanila

untuk hiasan:
1 3/4 cawan jem strawbery
1/4 cawan air sejuk
1 cawan kelapa parut kering
2biji ceri merah
3biji ceri hijau
1 cawan krim putar(non diary rich cream)

kaedah:

1) masukan mentega,gula,dan esen vanila dipukul hingga kembang.
2) masukan telur satu persatu dan dikacau rata, tuangkan tepung gaul adunan hingga sebati.
3)lenserkan acuan kecil(dariole mould) dengan marjerin cair.
4) sudukan adunan ke dalam acuan memenuhi 3/4 tin sahaja.
5) bakar kek didalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius atau menggunkan gas no 4 selama 20 minit.
6) sejukan kek terlebih dahulu sebelum dihias.
7) jem dan air dimasak selama satu minit
8) salutkan kek dengan jem dan kelapa parut
9) hias dengan krim roset, ceri merah dan hijau.


No comments:

Post a Comment