Popular Posts

Wednesday, August 10, 2011

kencing manis :))

statistik tidak pernah menipu. pada tahun 2007, dianggarkan 2.1 juta rakyat negara ini menhidap diabetes dan jika trend ini berterusan, 12 % daripada warga malaysia mungkin menghidap kencing manis menjelang tahun 2020. bercakap mengenai diabetes, laporan akhbar mendedahkan sekitar 1,000 minuman tin diminum oleh rakyat malaysia setiap minit. dan sekirannya orang ramai teruskan dengan makanan manis secara berlebihan, diabetes akan terus kekal sebagai masalah. kepada yang percaya pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan.

1) apakah yang menyebabkan penyakit kencing manis berlaku?

kekurangan INSULIN ..berdasarkan kajian yang dijalankan, penyakit kencing manis berpunca daripada kurangnya jumlah insulin dalam badan. insulin merupakan hormon penting yang berfungsi mengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel. selain itu, kekurangan sensitiviti badan terhadap insulin akan menyebabkan gula terkumpul dalam darah sehingga mengundang kepada penyakit ini.

2) apakah cara terbaik untuk mengawal kencing manis?

bersenam merupakan kaedah terbaik untuk mengawal penyakit kencing manis. jika anda bersenam setiap hari, paras gula dalam darah dapat dikawal agar sentiasa berada paras normal.

3) sejauh manakah keberkesanan senaman dalam mengawal risiko kencing manis?

kurangkan risiko sebanyak 60%....ramai pakar kesihatan mengesyorkan agar menjadikan senaman sebagai aktiviti wajib dalam kehidupan seharian. sekiranya amalan ini dilakukan setiap hari konsisten, ia mampu mengurangkan risiko menghidap kencing manis sebanyak 66%.

4) berapa lamakah masa yang perlu diperuntukan oleh individu untuk bersenam?

30 minit...untuk mendapatkan kesan legasi yang berterusan, kita sepatutnya bersenam selama 30minit dalam sehari. sekurang2nya senaman perlu dilakukn sebanyak lima hari dalam seminggu atau selang 150minit seminggu bagi senaman yg dilakukan selang sehari.

5) apakah kesan sampingan yang akan dihadapi oleh pesakit kencing manis?

serangan jantung....menurut pengarah yayasan jantung malaysia datuk dr khoo kah lin, kencing manis yg semakin teruk akan memberi impak paling buruk kepada penyakit2 kronik sprt seramgan jantung, strok dan masalah pada kaki(sehingga pesakit terpaksa memotong kaki mereka).

6) selain ubat-ubatan, apakah yg perlu diberi perhatian oleh pesakit kencing manis?

corak pemakanan...selain amalan bersenam, pola makanan juga perlu diberikan perhatian. gaya hidup yang menjaga pemakanan dan bersenam mampu mengurangkan risiko menghadapi penyakit kencing manis.corak pemakanan yang betul bagi mereka yang menghadapi penyakit ini adalah 1/4 sumber karbohidrat, 1/4 sumber protein dan selebihnya adalah sayur2an.


No comments:

Post a Comment